='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Ahad, 23 September 2012

Grading Untuk Wang Kertas / Banknotes

Grading Untuk Wang Kertas / Banknotes


UNCIRCULATED (UNC) -Sempurna.Mempunyai penjuru yang tajam,tiada kesan lipat.Tiada kepudaran warna.Kertas kukuh dan bersih.

ABOUT UNCIRCULATED (AU) -Kelihatan sempurna.Namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipat.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kesan calar.Tiada kepudaran warna.Permukaan bersih.

EXTREMELY FINE (EF) -Maksimum 3 kesan lipatan yang minor,atau 1 kesan calar.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kepudaran warna.Permukaannya bersih.

VERY FINE (VF)-Terdapat beberapa kesan lipatan.Permukaan sedikit kotor,dan warnanya sedikit pudar.Penjuru mungkin terkoyak,tapi tidak dibahagian sisi.Masih mempunyai penjuru yang tajam.Kertas masih kelihatan keras.

FINE (F) -Terdapat banyak kesan lipat dan calar.Terdapat sedikit kotoran.Sisinya mungkin terkoyak sikit dan terdapat lubang staple atau lubang pin,tapi tidak ditengahnya.Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang.

VERY GOOD (VG) -Penjuru koyak dan tidak tajam.Warna pudar.Terdapat lubang-lubang kecil,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

GOOD (G) -Permukaan koyak,mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.Terdapat lubang-lubang,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.Terdapat kesan contengan tulisan.

FAIR (FA) -Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.

POOR (P) -Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian besar daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"